SAMBAL HITAM PAHANG
Sambal Hitam Pahang merupakan salah satu produk makanan yang terkenal di Pahang. Sambal ini diperbuat dari belimbing buluh yang direbus, cili api atau lada, ikan bilis, serta bawang ini sungguh enak di makan bersama nasi.
Nama Pengusaha : Puan Azizah Binti Talib dan En Rosdzi Bin Yunus
Harga : 100gm = RM 10.00
Nombor Telefon Untuk Tempahan : 011-32225829
Alamat : Felda Tersang 2, Raub
Resipi Sambal Hitam
Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus
½ cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang kepada masing-masing. Belimbing rebus ini boleh disimpan di dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah direbus banyak dan boleh disimpan sebagai stok. Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan reneh dengan menggunakan api yang perlahan. Biarkan sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri dan kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing mengecut dan jusnya betul-betul kering dengan api yang perlahan sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.
2. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis) Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan-bahan tumbuk sekaligus dan tumislah sehingga bahan-bahan tersebut nampak agak kering dan garing. Tambahkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit. Apabila sudah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.
4. Sambal ini boleh disimpan lama dan boleh dibuat banyak untuk simpanan stok.Boleh dihidang dengan apa sahaja juadah yang rasa sesuai dihati. Selamat mencuba.
Pages: 1 2 3