GULAI ASAM ROM RAUB
Gulai Asam Rom atau sebutan orang kampung gulai aserong adalah sajian tradisi yang begitu popular di Raub. Bukan saja dijadikan masakan harian tetapi juga menjadi menu untuk majlis perkahwinan. Gulai asam rom lebih dikenali di sekitar Batu Malim, Kg.Ulu Sungai dan Batu Talam, Raub. Terdapat dua jenis asam rom diperbuat dari buah perah dan satu lagi dari biji getah.
Resipi Gulai Asam Rom
Aserom ( 300 gram )
Ikan Tenggiri ( 3 potong )
Cili Padi ( 300 gram dikisar )
Kunyit Hidup ( 1inci dikisar )
Bunga Kantan ( 2 batang dibelah dua )
Daun Kesum ( diambil daunnya sahaja )
Garam
Air
Cara2 Menyediakan
1. Masukkan air didalam kuali, kemudian masukkan asam rom yang telah dikisar bersama dengan cili padi dan kunyit hidup.
2. Kacau sampai mendidih dan masukkan bunga kantan serta daun kesum kedalamnya, kemudian masukkan ikan tenggiri dan garam lalu dikacau, biarkan reneh sehingga ikan masak.
(sumber : ketuk-ketuk Ramadhan)
