TEMPOYAK
Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal.
Terdapat pelbagai jenis cara masakan menggunakan tempoyak ini dan antara yang sangat terkenal ialah gulai tempoyak. Gulai ini biasa dimasak bersama ikan, antara ikan yang sesuai digulai bersama tempoyak ialah ikan patin, ikan baung dan ikan jelawat .Ia juga boleh dimasak bersama ayam bergantung kepada selera masing-masing. Selain itu, tempoyak juga boleh dibuat sambal tumis ikan bilis, pais tempoyak (ikan yang dibakar bersama tempoyak), dan sambal tempoyak (tempoyak yang digaul bersama cili padi kemudian dimakan begitu sahaja atau digoreng bersama ikan bilis).
Resipi Ikan Patin Masak tempoyak
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin disiang , cuci dgn tepung dan asam jawa (gunakan limau untuk hilangkan bau hanyir dengan lebih pantas)
20 biji cili api (ikut tahap kepedasan)
kunyit hidup 2 inci
tempoyak ikut kepekatan
daun kesum
2 batang bunga kantan
Cara Menyediakan
1.Tumbuk cili api dan kunyit.
2.Bila hancur masukkan tempoyak dalam lesung biar sebati dgn cili lalu dilumur pada ikan dan diperap sebentar biar sebati.
3.Masukkan ikan di dalam periuk kemudian masukkan air dan letakkan atas diatas api.
4.Masak hingga mendidih .
5.Masukkan garam , bunga kantan dan daun kesum.Masak sehingga mendidih.
6.Sedia untuk dihidang.
Sumber : http://dapurmalaysia.com/resepi-ikan-patin-masak-tempoyak/
: https://ms.wikipedia.org/wiki/Tempoyak

