mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 2

PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana Pusat Jalur Lebar Komuniti yang pertama telah dibina pada tahun 2007 dengan kejasama Suruhanjaya Komunikiasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM). Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalur lebar, Pusat Jalur Lebar Komuniti kini dikenali sebagai PUSAT INTERNET 1MALAYSIA juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di Pusat Internet 1Malaysia tersebut.

 

Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 2 terletak kira-kira 40km dari Bandar Raub dan 15km dari pekan Cheroh. Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 2 merupakan Fasa Felda dan mula beroperasi pada 21 April 2010. Bangunan asal terletak di di bangunan Pejabat JKKR Felda Tersang 2.

 

 

Namun telah berpindah dan mula beroperasi di bangunan baru di Jalan Utama Felda Tersang 2, bersebelahan dengan Pondok Polis Felda Tersang pada 23 Oktober 2015. Buat masa ini, setiap ahli baru yang mendaftar akan mendapat kemudahan penggunaan internet secara percuma 1 jam selama 3 bulan dari tarikh pendaftaran.