mcmc
Makanan

SEAFOOD LELEH

Nama Pengusaha : Puan Robiantonganariah binti Abdullah

Harga : mengikut pakej yang disediakan

Nombor Telefon Untuk Tempahan : 014-2947156

Alamat : Felda Tersang 2, Raub

 

Makanan Laut

Ketam

Udang

Kerang

Sotong

Lala

Remis

Kupang

* Sukatan bahan makan laut ni terpulang, tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan bahan rempah yang di sediakan.

Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Separuh masak.

Dah masak angkat dan ketepikan.

Bahan Sayur-sayuran

Jagung manis ~ potong 3

Brocoli ~ di potong kecil

Carot ~ hiris bulat

Bunga kubis ~ potong kecil

Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

 

BAHAN REMPAH

Bahan A ~ di kisar

20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )

2 labu bawang besar

15 ulas bawang merah

2 labu bawang putih ( 10 ulas )

1 inc halia

1 inc belacan

1 gengam udang kering ~ rendam lembut

 

Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus

6 ulas bawang merah ~ di hiris halus

1 inc halia ~ di hiris halus

5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja

10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )

2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )

Minyak untuk menumis

1 sudu besar butter / margarine

 

Bahan C ~ perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan

3 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos ikan

1 sudu teh serbuk lada hitam

1 kiub pati ayam

garam dan gula secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN

Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.

Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.

Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing.

Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )

Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.

Kemudian baru masukkan garam

* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.

Biarkan kuah merenih sebentar.

Angkat dan masukkan dalam periuk lain

Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali

Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat

Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat

Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis, masak sebentar ~ angkat

Masak seafood berasingan, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain.

Sayur-sayuran masak sekali berasama sotong dan udang. 

SELAMAT MENCUBA.. ^_^