LATA JAJRUM
Lata Jarum adalah merupakan salah satu lagi destinasi pelancongan yang menarik berada di Daerah Raub. Ini kerana ia merupakan sebuah kawasan perkelahan air terjun yang penuh dengan keindahan alam semulajadi. Terletak hanya 2 kilometer dari kawasan perkelahan Pulau Chekas, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan berturap hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
Menghampiri ke kawasan air terjun Lata Jarum, pengunjung akan di sambut oleh jeritan unggas rimba diselang-seli dengan deruan air dari air terjun Lata Jarum.
Tidak diketahui bagaimana Lata Jarum mendapat namanya, tetapi mungkin daripada kesejukan airnya yang sejuk sehingga mencucuk ke tulang. Sesuai dengan namanya sebagai Air Terjun Lata Jarum, kawasan sungai di sini berbatu-batan dan aliran airnya agak deras.
Namun begitu terdapat juga kawasan yang airnya agak tenang dan mempunyai kawasan tepi sungai yang berpasir, sesuai untuk bersantai dan bermain air. Di sini, disediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, surau, ruang untuk berkhemah, bangku-bangku yang di payungi rimbunan pokok hutan, dewan dan kafeteria.
Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, terdapat 2 pilihan tempat tinggal, bermalam di dalam khemah canvas ataupun bermalam di dalam chalet yang di perbuat daripada buluh. Bermalam di chalet buluh mampu memberikan satu pengalaman baru dan pengusaha chalet di Lata Jarum boleh menguruskan, jika ingin mengadakan aktiviti ‘jungle trekking’.
MAKLUMAT LATA JARUM
Alamat |
Pusat Rekreasi Lata Jarum ,Kg Peruas Ulu Dong, 27400 Raub |
Telefon |
09-3659615 |
Laman Web |
|
|
https://www.facebook.com/MS-Chemerkau-Chekas-Chalet-564546786971919/ |
Sumber : http://www.mdraub.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/lokasi-riadah-rekreasi/lata-jarum
PULAU CHEKAS
Terletak hanya beberapa kilometer dari Kampung Tradisional Pamah Kulat,dan perjalanan 30 minit dari bandar Raub perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan kampung berturap hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Pulau Chekas mendapat namanya apabila sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai. Laluan air sungai yang terbahagi dua ini adalah keunikan Pulau Chekas. Di sebelah kanan dataran Pulau Chekas ini, terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir sederhana deras. Di sebelah kiri dataran Pulau Chekas ini pula, alirannya lebih tenang dan kurang berbatu.
Di sini, di sediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, pentas mini, ruang untuk berkhemah dan berkelah, dan dataran kecil untuk aktiviti kekeluargaan. Untuk kanak-kanak, terdapat sebuah papan gelunsur yang berakhir dengan sebuah kolam buatan di hujungnya. Kolam ini di bentuk daripada aliran sungai yang telah di empangkan. Selain itu, terdapat juga peniaga-peniaga kampung yang berniaga makanan di kawasan rekreasi tersebut untuk para pengunjung.
MAKLUMAT PULAU CHEKAS
Alamat |
Pusat Rekreasi Pulau Chekas,Kg Peruas Ulu Dong, 27400 Raub |
Telefon |
011-51110848 |
Laman Web |
https://www.facebook.com/pages/category/Recreation-Center/Pulau-Chekas-977216245782197/ |
|
https://www.facebook.com/pages/category/Recreation-Center/Pulau-Chekas-977216245782197/ |
Sumber : http://www.mdraub.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/lokasi-riadah-rekreasi/pulau-chekas
RAUB DURIAN ORCHARD
Raub Durian Orchard dimiliki oleh Mr.Eddie Yong Durian terletak di Raub, Pahang Malaysia. Ladang ini terletak sekitar 15 minit pemanduan dari Bandar Raub.10 ekar tanah di kawasan dan terdapat lebih daripada 400 pokok durian pelbagai kacukan. Antara pokok buah-buahan lain ialah Manggis, Rambutan, “Bulasan”, Pisang, Dukung dan Kelapa. Memancing adalah satu lagi aktiviti yang boleh dinikmati di ladang.
Durian Gred A yang disajikan kepada pelanggan untuk memastikan pelangggan berpuas hati dengan kualiti dan kemanisan buah durian tersebut. Kebanyakan pelanggan dari pelbagai negeri termasuk luar negara seperti Singapore, Canada dan lain-lain. Durian di ladang tersebut mempunyai pelbagai jenis antaranya ialah Durian Tekar , Durian D24, Durian Musang King dan Durian Red Prawn.
Ladang sarang burung adalah salah satu tarikan di ladang. (Beroperasi pada bulan April 2010). Bee farming adalah satu lagi tarikan terbaru di Ochard kami. Anda dapat merasai madu sebenar dan tulen dengan sendiri.
Sumber : http://raubdurianorchard.blogspot.com/
Alamat |
Near 8 Gali, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur |
Telefon |
019-9659612 |
|
|
Laman Web |
|
|
Sumber :http://raubdurianorchard.blogspot.com/
RAUB HERITAGE TRAIL
Raub adalah sebuah bandar bersejarah kecil di Pahang, di jalan utama menghubungkan Bentong ke Kuala Lipis. Bandar ini terdiri daripada hanya dua jalan yang selari dengan kedai-kedai tradisional yang dikelilingi oleh beberapa bangunan zaman kolonial. Seperti kebanyakan bandar-bandar Malaysia yang lain, sejak beberapa tahun kebelakangan, perkembangan baru dan pinggiran bandar telah berkembang pesat tetapi pusat bersejarah masih dipelihara dengan baik.
Di Jalan Lipis terdapat barisan bangunan keagamaan agama yang berlainan. Di sebelah masing-masing adalah Kuil Sri Subramaniar Alayam Hindu, Kuil Cina, Gereja Methodist Cina dan Kuil Sikh Gurdwara Sahib.
Bagi pencinta warisan, satu-satunya tempat untuk tinggal adalah Resthouse yang terletak di tengah-tengah bandar di atas bukit yang rendah yang menghadap padang hijau bekas padang.
Rumah Rehat jauh dari mewah dan pemandangan asli lobi telah hilang akibat pengubahsuaian tetapi terdapat beberapa gambar lama di dinding dan bangunan masih mempunyai karakter. Boleh meneruskan perjalanan anda ke Kuala Lipis yang merupakan satu lagi bandar warisan yang menarik dengan pelbagai tempat penginapan.
Antara bangunan bersejarah di Daerah Raub :
Bungalow Era Penjajah
|
Bekas Balai Polis 1906
|
Rumah Kedai |
Gereja Methodist Cina
|
Hindu Temple
|
Kuil Cina
|
Kuil Sikh
|
Penginapan Resthouse
|
Raub Resthouse
|
Sumber : https://www.malaysia-traveller.com/raub-heritage-trail.html
EIGHT ACRES, RAUB
Eight Acres yang terletak di Raub, Pahang adalah satu pilihan tepat untuk warga kota, khususnya bagi percutian singkat pada hujung minggu. Mengambil masa lebih kurang dua jam perjalanan dari ibu kota, Debaran sebelum menjejakkan kaki ke kawasan percutian eko-pelancongan ini dapat dirasai awal-awal lagi apabila anda perlu melewati lorong kecil dikelilingi ladang kelapa sawit sepanjang lebih kurang 8km.
Dengan pilihan rumah berbeza konsep seperti Cascada, Mulberry Place, Java House, Hill View House dan The Brick House, anda bebas memilih yang mana satu sesuai dengan cita rasa dan saiz kumpulan anda.
Di sini, terdapat ruang terbuka dengan hamparan tikar tatami Jepun untuk tetamu bersantai, melakukan aktiviti indoor dan mengadakan perbincangan berkumpulan. Tidak dilupakan ruang makan dan rehat yang luas dan selesa. Tentang makanan, usah bimbang kerana tukang masak di sini semuanya berpengalaman dan resort ini turut menyediakan makanan halal.
Uniknya di sini, dapat dikatakan hampir setiap aktiviti menghubungkan manusia dan alam seperti memancing, mandi-manda, berbasikal, memberi makan itik, ayam atau angsa dapat dilakukan tanpa gangguan. Jika anda datang pada musim buah-buahan anda berpeluang menikmati buah-buahan tempatan telah masak yang pokoknya ditanam di sini. Selain itu, aktiviti riadah juga disediakan seperti flying fox, memanah dan ‘abseilling’ yang biasanya menjadi aktiviti wajib bagi program hari keluarga atau ‘team building’.
Bagaimanapun bayaran tambahan akan dikenakan untuk aktiviti tersebut tetapi ia sudah pasti berbaloi dengan pengalaman yang anda perolehi. Apa yang pasti, pengurus dan pekerja di sini juga baik-baik belaka, mesra dan bersedia membantu tetamu mereka.
MAKLUMAT EIGHT ACRES
Alamat |
Lot 7822, Mukim Gali, Off Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang, Malaysia |
Telefon |
+603 7877 5048 |
Fax |
+603 7877 6125 |
|
|
Laman Web |
|
|
Sumber : http://eightacres.net/explore/about-us/
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
- Bilik
- Ruang berehat/Dewan
- Kolam Ikan
- Ruang Makan
- Parking Kereta
- Mini Zoo
- Ruang Menonton Televisyen
- Perpustakaan Mini
- Air Terjun
AKTIVITI YANG DISEDIAKAN
PAPAN DAYUNG |
PELAYARAN BOT |
MAKANAN HAIWAN (IKAN, ITIK AYAM, ANGSA) |
MENUNGGANG KUDA (BAWAH 10 TAHUN) |
PERMAINAN DALAMAN (MONOPOLI, CARROM) |
MEMANCING |
FLYING FOX |
ABSEILING |
MEMANAH |
MEMANDU 4 RODA KE AIR TERJUN |
MAKAN MALAM BBQ |
AKTIVITI IKATAN PASUKAN DAN KELUARGA |
LEMBAH TEMIR
Lembah Temir merupakan kawasan reaksi yang sangat terkenal untuk mereka yang suka akan keindahan alam. Perjalanan mengambil masa 2 jam/100km sahaja dari Kuala Lumpur dan dari Bandar Raub hanya mengambil masa 45minit sahaja. Sebelum sampai ke detinasi, pengunjung akan melalui kawasan ladang kelapa sawit, kawasan hutan , dan dusun kerana Lembah Temir berada di dalam kawasan hutan yang jauh dari Bandar. Kepada pengunjung yang inginkan ketenangan dan bunyi air terjun mereka boleh datang ke sini untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan melakukan aktiviti bersama keluarga.
Chalet atas air, berhadapan dengan air terjun ini milik pengusaha Bumiputera. Persekitarannya menghijau diselangi dengan bunyi deruan arus sungai dan air terjun berhampiran. Boleh bagi anak kecil bagi makan ikan-ikan yang jinak. Kalau berani boleh usap ikan Koi di kolam.
Pengunjung dijamu 5 kali sehari dengan menu masakan tradisi Pahang. Kalau datang musim buah, boleh makan durian Musang King, D24, pulasan, manggis, rambutan dan lain-lain.
Aktiviti petang, melawat sekitar resort termasuk air terjun 100 ekar. Kapasiti, 120 pax dalam satu masa. Sesuai bawa anak kecil dan privasi terjamin. Tempat ini di Lembah Temir Raub, masuk jauh ke dalam ladang kelapa sawit dan getah. Kalau ada 4WD, lagi mudah. Rata-rata yang berkunjung ke sini sama ada untuk perjumpaan semula, kerja dalam kumpulan serta percutian pendek bersama keluarga.
MAKLUMAT LEMBAH TEMIR
Alamat |
C 149, 27630 Sungai Ruan, Raub Pahang |
No Telefon |
019-3377282 (Office) |
|
lembahtemir@gmail.com |
Laman Web |
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
CHALET |
DEWAN UTAMA |
SURAU |
DEWAN MINI |
PADANG FUTSAL |
KOLAM IKAN |
CAFE |
DUSUN BUAH-BUAHAN |
WIFI |
KENDERAAN HILUX 4WD |
HARGA/PAKEJ
-Dewasa: RM250 / malam / pax (satu kepala)
-Penghunian Tunggal: RM450 / pax / malam
-Kanak-kanak: RM125 / malam / pax (2 -12 Tahun)
-(Di bawah 2 tahun – Percuma Caj)
PAKEJ TERMASUK:
-Bilik berhawa dingin dan pemanas air di dalam bilik mandi
-Akses ke beberapa air terjun dan sungai di dalam resort
-Wifi
-5 kali hidangan makanan yang enak
-2 jam menerokai dusun, air terjun menaiki kenderaan 4WD
ROCK MOUNTAIN (SUNGAI RUAN)
Rock Mountain terletak di Sungai Ruan, Raub Pahang, baru sahaja dibuka pada September 2018. Di dalam pendalaman sawit dan getah terdapat satu pusat rekreasi yang menarik untuk dilawati, jauh dari bandar dan sangat nyaman untuk seisi keluarga dan juga kawan-kawan
Terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan untuk kemudahan pelanggan antaranya ialah :
BILIK TIDUR |
KOLAM RENANG |
SPA DAN SAUNA |
CLIMBING |
PAINTBALL |
TAMAN KANAK-KANAK |
PUSAT KECERGASAN |
GELANGGANG BOLA KERANJANG |
LAMAN PESONA RESORT & SPA
Laman Pesona atau dikenali dalam Bahasa Cina Ming He Yuan terletak di Cheroh Raub. Lokasi yang agak strategik telah membuatkan tempat ini menjadi salah satu daripada perniagaan yang berpotensi tinggi. Tambahan pula, perniagaan yang berasakan services ini amat menguntungkan. Bertempat di Cheroh, Raub, Laman Pesona memberikan satu dimensi baru dalam percutian. Laman Pesona menawarkan banyak aktiviti sampingan selain memberikan satu pandangan yang nyaman dari atas bukit. Semestinya, cantik tatkala fajar subuh dan terbenam matahari.Sambil menikmati udara nyaman dan segar, kita dapat merehatkan tubuh badan kita dan melepaskan segala tekanan dengan duduk di kawasan yang agak hutan.
Alamat |
Lot 3&4 Seksyen 4, Kampung Baru Cheroh, 27600 Raub Pahang |
No Telefon |
093697892 |
|
lamanpesona@yahoo.com |
Laman Web |
http://www.lamanpesona.com.my |
KEMUDAHAN |
|
-Kolam Renang *Kolam Renang Luaran |
-Mesra Keluarga *Taman Permainan Kanak-Kanak |
-Makanan dan Minuman *Restoran *Perkhidmatan Bilik *Kemudahan BBQ *Restoran (a’la carte) |
-Internet *Wifi perecuma *Wifi tersedia disemua kawasan *Perkhidmatan internet |
-Spa & Kesihatan *Pusat Kecergasan *Pusat Spa & Kesihatan *Perkhidmatan Urutan *Sauna |
-Hiburan *Bilik Permainan *Karaoke *Kawasan lounge/TV yang dikongsi |
-Kemudahan Perniagaan *Kemudahan mesyuarat/Jamuan |
-Am *Penyaman Udara *Taman *Teres |
BILIK
(Sumber : http://www.lamanpesona.com.my/)
GAMBAR LAMAN PESONA & SPA
LATA LEMBIK RECREATION PARK
Lata Lembik Recreation Park salah satu tempat pelancongan dan riadah yang terdapat dalam daerah Raub Pahang. Terletak kira-kira 15km dari Felda Tersang 2 dan 25km dari Bandar Raub. Air sungainya yang mengalir jernih dan sejuk serta dipenuhi batu bata tentunya menjadi destinasi pilihan untuk berkelah dah riadah bersama keluarga dan sahabat handai.
KEMUDAHAN ASAS
Kemudahan asas yang disediakan di Lata Lembik adalah seperti berikut:
– tandas
– dewan serbaguna
– pondok rehat
– surau
– chalet
– berkhemah
– trekking
– padang kawat
– kemudahan lain untuk mandi manda
– berakit sungai lipis
– seminar
– bengkel
– perkhemahan
– jungle tracking
– barbeque
– berenang
– sewang
– menyumpit
– malam kebudayaan bersama kaum asli
– berjalan kaki merentasi banjaran titiwangsa Pahang – Slim River Perak
PENGINAPAN
PENGINAPAN |
MAX / PAX |
HARGA / PAX / JAM / HARI |
Chalet Meranti |
8 |
Rm120 / Hari |
Chalet Merbau |
8 |
Rm120 / Hari |
Chalet Jati |
8 |
Rm120 / Hari |
Chalet Bamboo Baung |
2 |
Rm80 / Hari |
Chalet Bamboo Tengas |
2 |
Rm80 / Hari |
Chalet Bamboo Kelah |
2 |
Rm80 / Hari |
Dorm Rafflesia |
80 |
Rm20 / Head / Hari |
2 Mentent (With Sleeping Beg + Mat) |
2 |
Rm30 / Hari |
4 Mentent (With Sleeping Beg + Mat) |
4 |
Rm50 / Hari |
Camp Site |
Rm5 / Hari |
(sumber : http://latalembik.blogspot.my/)
GAMBAR LATA LEMBIK RECREATION PARK
HOMESTAY KUALA MEDANG
Kampung Kuala Medang merupakan salah satu kampung di Mukim Ulu Jelai dan terletak sejauh 51 kilometer dari bandar Kuala Lipis dan 56 kilometer dari bandar Raub.
Ia boleh dihubungi dengan jalinan jalanraya utama sama ada dari Kuala Lipis mahupun Raub.Kuala Medang merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak di kawasan pedalaman, jauh dari pusat bandar di mana perjalanannya akan melalui sungai, jeram-jeram dan kehijauan pokok bakau.Majoriti penduduk kampung bekerja sebagai petani dan mereka sangat mesra dan ramah.Homestay Kuala Medang menawarkan tempat penginapan yang unik untuk para pelancong yang mengimpikan pengalaman yang berbeza. Homestay Kuala Medang menawarkan pakej yang menarik dan lengkap untuk mempelajari budaya Melayu dan orang asli.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang ditawarkan seperti persembahan dan aktiviti kebudayaan masyarakat melayu dan orang asli, permainan tradisional, masakan tradisional dan kenduri.
Selain itu juga aktiviti berakit dan berkayak di Jeram Changkah Pasir dan Air Terjun Jeram Tema, demonstrasi membuat kraftangan, pengalaman hidup sebagai penoreh getah, penuai kelapa sawit dan relai padi, melawat kampung tradisi, meneroka gua, mempelajari permainan tradisional seperti gasing dan sebagainya.
PENGINAPAN
Penginapan yang disediakan di sini adalah sangat selesa, murah dan lengkap dengan pakej menarik.
(sumber : http://www.mdlipis.gov.my/homestay-kuala-medang)
GAMBAR HOMESTAY KUALA MEDANG