mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2022

MEMBUAT KAD UCAPAN

TARIKH

16 Oktober 2022

LOKASI

PEDi Felda Tersang 02

 

TUJUAN

– Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara dan teknik untuk membuat kad ucapan menggunakan aplikasi Microsoft Publisher sahaja

– Peserta diajar untuk menyalin dan menyimpan gambar berkaitan di Google untuk ditampal pada kad

– Selain itu peserta juga diajar untuk menghiasi kad tersebut dengan menggunakan fungsi Word Art dan Shapes.

– Peserta boleh menghias kad mengikut kesesuaian dari segi warna dan tulisan pada kad ucapan

 

 AKTIVITI

-Peserta membuka aplikasi Microsoft Publisher 2010

-Peserta diberikan taklimat ringkas sebelum memulakan kelas.

-Peserta menaip ucapan di dalam kad ucapan

-Peserta belajar cara mengedit tulisan yang telah ditaip dengan mengubah saiz dan juga warna perkataan tersebut.

-Peserta dapat membuat tulisan dengan lebih kreatif dan juga dapat mempelajari asas-asas Microsoft Publisher.

-Peserta memuat naik gambar di dalam internet dan memasukkan gambar di dalam kad ucapan

 

Gambar disini