CYBER- BAHAYA SERANGAN MALWARE
| TARIKH | 5 MAC 2026 (Khamis) |
| LOKASI | NADI Felda Tersang 2 |
TUJUAN
· Meningkatkan kesedaran pengguna
Memberi pendedahan tentang apa itu malware (virus, trojan, ransomware) dan bagaimana ia boleh menjangkiti peranti seperti telefon dan komputer.
· Memberi pengetahuan tentang risiko keselamatan
Menjelaskan kesan serangan malware seperti kecurian data, kehilangan maklumat penting, dan kerugian kewangan.
· Mendidik cara mengenal pasti ancaman
Membantu peserta mengenal tanda-tanda peranti telah dijangkiti malware seperti prestasi perlahan, pop-up pelik, atau aplikasi tidak dikenali.
· Menggalakkan amalan keselamatan siber
Membentuk sikap lebih berhati-hati ketika menggunakan internet, terutama dalam kalangan pelajar, pekerja dan komuniti.
· Mengurangkan kes jenayah siber
Dengan ilmu yang betul, peserta dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam atau serangan digital.
AKTIVITI
– Peserta datang dan duduk di tempat yang telah disediakan oleh petugas NADI.
– Petugas membuka webinar cyber melalui smart tv dan menayangkan kepada peserta.
– Peserta mendengar webinar yang ditayangkan.
– Webinar tamat dan peserta bersurai.
PROGRAM IHYA RAMADAN – JOM MENGAJI @ NADI
| TARIKH | 8 MAC 2026 (Ahad) |
| LOKASI | NADI Felda Tersang 2 |
TUJUAN
– Menghidupkan bulan Ramadan dengan amalan ibadah
Menggalakkan masyarakat mengisi Ramadan dengan membaca dan menghayati Al-Quran.
– Meningkatkan kecintaan terhadap Al-Quran
Membina hubungan yang lebih rapat dengan Al-Quran melalui aktiviti tadarus secara berkumpulan.
– Memperbaiki bacaan (tajwid)
Memberi peluang peserta memperbetulkan bacaan Al-Quran dengan bimbingan yang betul.
– Mengeratkan silaturahim komuniti
Mengumpulkan masyarakat setempat di NADI untuk beribadah bersama dan menguatkan ukhuwah.
– Mendidik amalan konsisten membaca Al-Quran
Membentuk rutin membaca Al-Quran secara berterusan, bukan hanya di bulan Ramadan.
– Mendapat keberkatan dan ganjaran pahala
Menggalakkan peserta merebut pahala berlipat ganda sepanjang bulan Ramadan.
AKTIVITI
– Peserta datang ke NADI dan duduk dalam kelas.
– Petugas membuka live program melalui smart tv dan ditonton oleh peserta.
– Peserta menonton live program dari youtube selama sejam.
– Peserta bersurai.
BAZAR RAYA @ NADI
| TARIKH | 14 MAC 2026 (Sabtu) |
| LOKASI | NADI Felda Tersang 2 |
TUJUAN
1. Menjana pendapatan komuniti
– Memberi peluang kepada usahawan kecil, peniaga dan penduduk setempat menjual produk seperti makanan, kuih raya, kerepek dan aksesori raya.
– Membantu meningkatkan ekonomi keluarga terutama menjelang Hari Raya
2. Menggalakkan keusahawanan
– Mendedahkan komuniti kepada dunia perniagaan secara praktikal
– Menggalakkan individu berniaga secara kecil-kecilan
3. Memudahkan persiapan Hari Raya
– Menyediakan pelbagai barangan keperluan raya.
– Memudahkan penduduk membuat persiapan dengan lebih cepat dan jimat masa
4. Mengeratkan hubungan komuniti
– Menjadi platform pertemuan penduduk setempat
– Mewujudkan suasana meriah dan semangat gotong-royong
5. Menghidupkan peranan NADI sbgai pusat komuniti
– Menjadikan NADI sebagai pusat aktiviti masyarakat
– Meningkatkan penglibatan komuniti dalam program yang dianjurkan
AKTIVITI
– Petugas membuat jualan barangan dari usahawan-usahawan dari komuniti.
– Petugas trurut membuat saringan kesihatan kepada pengunjung yang hadir ke bazar NADI.
– Selain itu, pertandingan mewarna, pertandingan kuiz serta webinar keusahawan juga turut dijalankan bersama-sama dengan program bazar ini.
– Program bazar NADI ini bermula pukul 8 pagi shingga 3 petang.
– Proses jual beli berangan kerepek, kuih raya, aksesori dan lain-lain turut berlansung dari mula program sehingga tamat