LAPORAN AKTIVITI JUN 2025
CYBERSECURITY : LINDUNGI IDENTITI DATA ANDA
| TARIKH | 13 Jun 2025 (Jumaat) |
| LOKASI | NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
Meningkatkan Kesedaran Keselamatan Siber
– Memberi pendedahan tentang ancaman siber yang semakin berkembang seperti penipuan, pancingan data (phishing), perisian hasad (malware) dan kebocoran data.
Melindungi Maklumat Peribadi dan Organisasi
– Memberi panduan tentang cara melindungi data peribadi, organisasi, serta maklumat sulit daripada diakses oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mendedahkan Teknik Manipulasi Siber dan Jenayah
– Membantu peserta memahami bagaimana penjenayah siber menjalankan serangan siber dan bagaimana untuk mengesannya serta melindungi diri.
Mempromosikan Tanggungjawab Digital
– Menggalakkan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab, beretika, dan selamat dalam kalangan pengguna internet.
AKTIVITI
-Peserta duduk ditempat yang disediakan oleh petugas NADI.
– Peserta mendengar taklimat dari team Cybersecurity melalui layar tv yang ditayangkan oleh petugas NADI.
– Peserta bersurai.
SEMAKAN MY KASIH
| TARIKH | 1,2 & 19 Jun 2025 |
| LOKASI | NADI Felda Tersang 2 |
TUJUAN
Membantu Golongan B40 Menampung Kos Sara Hidup
– Menyediakan bantuan kewangan atau subsidi bersasar kepada keluarga berpendapatan rendah untuk membeli barangan keperluan asas.
Mengurangkan Beban Kewangan Harian
– Meringankan beban isi rumah miskin dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kos hidup melalui bantuan tunai atau baucar digital.
Memastikan Akses Kepada Makanan dan Barangan Asas
– Menjamin bahawa keluarga yang memerlukan dapat membeli barangan runcit seperti beras, minyak, susu, telur, dan barangan penting lain.
Menggalakkan Pembelian Terancang dan Beretika
– Bantuan disalurkan terus melalui sistem MyKad dan hanya boleh digunakan di kedai terpilih untuk pembelian barangan yang dibenarkan sahaja.
Meningkatkan Kecekapan Penyaluran Bantuan
– Menggunakan platform digital untuk menyalurkan bantuan secara langsung dan telus kepada penerima yang layak tanpa penglibatan pihak ketiga.
AKTIVITI
– Peserta datang ke NADi memohon bantuan petugas.
– Petugas menyemak status/baki duit my kasih peserta melalui atas talian menggunakan no IC peserta.
– Petugas menerangkan mengenai status/baki my kasih kepada peserta.
– Peserta bersurai.
KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) – 2U
| TARIKH | 21 Jun 2025 (Sabtu) |
| LOKASI | NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
Meningkatkan Literasi Digital & Kesedaran Siber
– Bertujuan memperkasakan kemahiran masyarakat dalam menggunakan internet secara berhemah dan bertanggungjawab, di peringkat murid, guru, ibu bapa, dan masyarakat umum.
Mencegah Penipuan & Judi Dalam Talian
– Memberi penekanan kepada amaran tentang kerugian besar melalui skim pelaburan palsu, penipuan dalam talian dan perjudian — dengan rekod kerugian hampir RM800 juta awal 2025.
Menggalakkan Tanggungjawab Digital & Peraturan Platform
– Menanam semangat etika digital – termasuk kawalan terhadap penyalahgunaan teknologi seperti AI (contohnya deepfake), dan memastikan penyedia platform media sosial berlesen dan bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.
Menekankan Perlindungan Data & Privasi
– Menggalakkan pengguna mengekalkan keselamatan maklumat peribadi dan kewangan secara dalam talian, serta membuang akaun mudah terdedah.
Melindungi Golongan Rentan, Khususnya Kanak-Kanak
– Fokus pada isu seperti buli siber (cyberbullying), eksploitasi seksual kanak-kanak (CSAM), dan mata pelajaran media sosial yang boleh membahayakan pengguna bawah umur 13 tahun.
AKTIVITI
– Peserta duduk di tempat yang telah disediakan.
– Peserta mendengar taklimat KIS yang disampaikan oleh petugas NADI.
– Petugas menunjukkan video tentang bahaya penggunaan internet jika tidak berjaga-jaga dengan teknologi pada zaman kini kepada peserta.
– Bersurai
TINY TECHIES – MENTOR 6
| TARIKH | 22 Jun 2025 (Ahad) |
| LOKASI | NADI Felda Tersang 02 |
Memperkasakan pegawai NADI sebagai jurulatih digital
– Program ini melatih pegawai dari pusat NADI seluruh Malaysia agar menjadi pengajar FS4A di pusat masing-masing, menyebarkan kemahiran digital kepada pelajar dan komuniti setempat
Menyediakan pendidikan awal Teknologi & Pengaturcaraan kepada kanak-kanak
– Bertujuan memperkenalkan asas kod, robotik, AI, Micro:bit, dan IoT kepada murid sekolah rendah dan menengah menggunakan modul FS4A yang menyeronokkan dan interaktif
Menggalakkan kemahiran berfikir kreatif dan penyelesaian masalah
– Program ini membina kemampuan berfikir secara logik, kreativiti, kerja berpasukan dan perkembangan STEM sejak usia muda melalui aktiviti handson seperti robotik dan projek coding
Menyemai minat STEM dalam kalangan pelajar luar bandar
– Fokus pada pelajar luar bandar melalui pendekatan yang menyeronokkan dan disesuaikan, sekaligus mengurangkan jurang literasi digital dan memastikan ia boleh diakses oleh semua
AKTIVITI
– Peserta datang duduk ditempat yang telah disediakan.
– Peserta mendengar taklimat dari mentor masing-masing.
– Bersurai.