CANVA – MEMBUAT KUIZ
| TARIKH | 2 Julai 2025 (Rabu) |
| LOKASI | Sekolah Menengah Agama Dong |
TUJUAN
– Menarik minat pelajar atau peserta
Reka bentuk yang interaktif dan berwarna-warni dalam Canva dapat menarik perhatian peserta dan meningkatkan minat terhadap kandungan kuiz.
– Meningkatkan pemahaman melalui visualisasi
Canva membolehkan penggunaan elemen visual seperti ikon, grafik, dan gambar yang membantu peserta memahami soalan dengan lebih mudah.
– Memudahkan guru atau penganjur mencipta kuiz
Dengan templat sedia ada dan antara muka mesra pengguna, Canva memudahkan penciptaan kuiz yang menarik tanpa memerlukan kemahiran reka bentuk profesional.
– Menggalak pembelajaran kreatif & menyeronokkan
Kuiz yang direka dalam Canva boleh dibuat secara interaktif dan menyeronokkan, menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan.
– Memupuk kemahiran digital
Penggunaan Canva secara tidak langsung melatih pelajar atau guru dalam menggunakan alat digital untuk tujuan pembelajaran dan persembahan.
AKTIVITI
– Petugas dan peserta berkumpul di bilik mesyuarat untuk memulakan kelas canva.
– Petugas NADI memulakan kelas dan mengajar para guru mengenai cara untuk membuat kuiz menggunakan canva.
– Petugas memberikan tugas untuk guru membuat kuiz mengunakan canva mengikut subjek masing-masing.
– Guru menunjukkan hasil kuiz masing-masing.
– Kelas bersurai.
KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) BERSAMA MCMC
| TARIKH | 3 Julai 2025 (Khamis) |
| LOKASI | Sekolah Kebangsaan Raub Jaya |
TUJUAN
– Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dalam talian
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahaya yang wujud di internet seperti penipuan, buli siber, penyamaran identiti dan kandungan tidak sesuai.
– Mendidik pelajar etika penggunaan internet
Membentuk sikap bertanggungjawab dalam menggunakan internet, termasuk menghormati privasi orang lain dan tidak menyebarkan maklumat palsu.
– Menggalakkan penggunaan teknologi scara positif
Mendorong pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran, kreativiti, dan pembangunan diri secara selamat dan produktif.
– Melindungi pelajar daripada ancaman siber·
Memberikan panduan kepada pelajar tentang langkah-langkah perlindungan seperti menetapkan kata laluan yang kuat, tidak berkongsi maklumat peribadi, dan melaporkan kegiatan mencurigakan.
– Menyokong peranan sekolah dalam pendidikan digital
Membantu pihak sekolah membina persekitaran pembelajaran digital yang selamat dan beretika selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.
– Membina generasi celik digital
Melahirkan pelajar yang bukan sahaja celik IT tetapi juga bijak dan berwaspada dalam menggunakan teknologi secara bertanggungjawab.
AKTIVITI
– Peserta berkumpul di dalam dewan.
– Petugas memulakan sesi taklimat kempen internet selamat bersama para pelajar.
– Peserta dan petugas bersama membuat aktiviti KIS bersama-sama.
– Bersurai.
CYBERSECURITY – DARI SERANGAN SIBER KE PEMULIHAN
| TARIKH | 10 Julai 2025 (Khamis) |
| LOKASI | NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
– Meningkatkan kesedaran tentang ancaman siber
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenis-jenis serangan siber terkini seperti phishing, malware, ransomware, dan serangan DDoS.
– Mendidik langkah pencegahan serangan siber
Memberikan pengetahuan dan teknik kepada pengguna tentang cara melindungi sistem, data, dan maklumat peribadi daripada diakses oleh pihak tidak bertanggungjawab.
– Membimbing proses pemulihan selepas serangan
Menjelaskan tindakan yang perlu diambil selepas berlaku insiden siber – seperti pelaporan, analisis forensik, pemulihan data, dan pemantauan sistem.
– Menyokong dasar keselamatan siber negara
Sebagai inisiatif sejajar dengan usaha kerajaan dalam membina ketahanan digital dan memperkukuh perlindungan siber secara menyeluruh.
AKTIVITI
– Peserta datang duduk ditempat yang telah disediakan.
– Petugas membuka webinar cybersecurity dan menayangkan melalui smart tv kepada peserta.
– Peserta mendengar webinar yang ditayangkan.
– Peserta bersurai.
PENDAFTARAN PTPTN
| TARIKH | 12 Julai 2025 (Sabtu) |
| LOKASI | NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
– Mempercepat proses permohonan dan kelulusan
Sistem atas talian mempercepatkan pemprosesan data, semakan dokumen dan kelulusan permohonan secara automatik dan lebih efisien.
– Menjimatkan kos operasi dan pengurusan
Mengurangkan keperluan cetakan borang fizikal, penggunaan kertas dan pengurusan secara manual, sekaligus menjimatkan kos kerajaan dan pelajar.
– Meningkatkan ketelusan dan ketepatan data
Sistem digital membantu mengelakkan kesilapan manusia serta memastikan maklumat pelajar direkodkan dengan lebih tepat dan tersusun.
– Boleh diakses pada bila masa dan dari mana saja
Pelajar boleh membuat permohonan, semakan dan kemaskini maklumat tanpa terhad kepada waktu pejabat atau lokasi tertentu.
– Menyokong pendigitalan perkhidmatan awam
Selaras dengan inisiatif kerajaan ke arah transformasi digital dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam termasuk sektor pendidikan.
AKTIVITI
– Peserta datang dan meminta bantuan petugas NADI untuk mendaftar akaun PTPTN secara atas talian.
– Petugas NADI meminta beberapa maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran PTPTN.
– Pendaftaran selesai dan peserta dikehendaki memuat naik applikasi PTPTN mengunakan telefon bagi memudahkan urusan di kemudian hari.
– Bersurai.