mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2025

PROGRAM CUTI SEKOLAH CYBERSECURITY – TONTON VIDEO & AKTIVITI TEKA SILANG KATA

TARIKH22 Disember 2025 (Isnin)
LOKASINADI Felda Tersang 2

TUJUAN

·  Memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai keselamatan siber, termasuk ancaman seperti penipuan dalam talian, kecurian data, buli siber dan penyalahgunaan media sosial.

·  Meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga keselamatan maklumat peribadi semasa menggunakan internet, aplikasi dan platform digital.

·  Membentuk sikap berwaspada dan bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi, terutamanya ketika cuti sekolah di mana penggunaan gajet dan internet lebih kerap.

·  Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran perlindungan diri di alam siber, seperti penggunaan kata laluan yang selamat dan mengenal pasti kandungan berbahaya.

·  Mengisi masa cuti sekolah dengan pembelajaran berimpak tinggi, selaras dengan peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) dalam membentuk literasi digital dan keselamatan siber komuniti.

AKTIVITI

– Peserta datang dan duduk di tempat yang telah disediakan oleh petugas NADI.

– Petugas membuka webinar cybersecurity melalui tayangan smart tv.

– Peserta mendengar taklimat yang ditayangkan sehingga tamat.

– Peserta membuat aktiviti silang kata sehingga siap.

– Peserta bersurai.

PROGRAM CUTI SEKOLAH ESPORT – PERTANDINGAN E-FOOTBALL

TARIKH26 Disember 2025 (Jumaat)
LOKASINADI Felda Tersang  2

TUJUAN

·  Menyediakan platform aktiviti sihat dan berfaedah semasa cuti sekolah dengan memanfaatkan minat pelajar terhadap permainan digital secara terkawal dan beretika.

·  Menggalakkan pembangunan kemahiran kognitif dan strategik, seperti pemikiran kritis, perancangan taktikal dan pembuatan keputusan pantas melalui permainan e-sukan.

·  Menerapkan nilai disiplin, kerjasama dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta melalui persaingan yang sihat dan berstruktur.

·  Mendedahkan pelajar kepada dunia e-sukan secara positif, selaras dengan perkembangan industri digital dan sukan elektronik di Malaysia.

·  Mengukuhkan peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) sebagai pusat aktiviti komuniti dan belia, khususnya dalam membina minat serta bakat pelajar melalui pendekatan digital yang terkawal.

AKTIVITI

– Peserta datang dan duduk di tempat yang telah disediakan oleh petugas NADI.

– Petugas membuka applikasi discord kepada setiap peserta yang berlawan dalam perlawanan e-football.

– Peserta berlawan mengikut jadual yang telah diberikan oleh marshall melalui applikasi discord.

– Peserta bertanding sehingga ke final dan mendapat tempat ke dua dalam perlawanan e-football.

– Peserta bersurai.

PROGRAM CUTI SEKOLAH ESPORT – 2D ANIMATION FOR BEGINNERS

TARIKH28 Disember 2025 (Ahad)
LOKASINADI Felda Tersang 02

TUJUAN

·  Memberi pendedahan asas kepada pelajar tentang animasi 2D, termasuk teknik, alat dan konsep kreatif yang digunakan dalam penghasilan animasi digital.

·  Menggalakkan kreativiti dan ekspresi diri melalui penghasilan karya animasi sendiri, membolehkan pelajar menyalurkan idea secara visual dan interaktif.

·  Meningkatkan kemahiran digital dan literasi teknologi, khususnya dalam bidang animasi dan reka bentuk grafik, yang semakin relevan dalam pendidikan dan industri kreatif.

·  Membangunkan kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah, kerana animasi memerlukan perancangan, storytelling dan ketelitian dalam menghasilkan karya.

·  Memanfaatkan masa cuti sekolah dengan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan berfaedah, selaras dengan peranan NADI dalam pembangunan modal insan dan literasi digital komuniti.

AKTIVITI

– Peserta datang ke NADI dan duduk di tempat yang telah disediakan oleh petugas.

 Peserta mendengar taklimat mengenai 2d animation di komputer masing-masing.

– Peserta rehat 15 minit

Kelas bersambung, peserta diberikan latihan untuk membuat 2d animation melalui telefon.

–  Kelas tamat pada pukul 1 petang.