mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN SYAHADAH MAYA KIRANA

Nama

SYAHADAH MAYA KIRANA BINTI AZLAN

Umur

22 Tahun

Email

mayakirana98@gmail.com

Kisah Kejayaan

Usahawan

Instagram

 

Chocodil_kukiscelup

 

Tahun menjadi Ahli PIM

14 MEI 2010

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

 

Cik Kirana merupakan seorang pelajar Universiti Teknologi MARA cawangan Seri Iskandar dalam jurusan Diploma Pembangunan Bandar dan Wilayah. Beliau merupakan pelajar semester akhir jurusan tersebut. Beliau memulakan perniagaan sejak 6 bulan yang lalu secara kecil-kecilan dengan hanya menjual di rumah kepada saudara mara dan kawan-kawan terdekat sahaja. Jualan pertama merupakan Chocodil dan mendapat sambutan yang baik daripada komuniti sekitar Raub.

 

Jualan semakin meningkat apabila Cik Kirana mula mempromosikan produk beliau melalui MyShop Dashboard Komuniti, Instagram, Whatsapp dan Shopee. Urusan pembayaran juga lebih mudah melalui online banking dan permintaan produk dari pelanggan dapat diposkan mengikut tarikh yang diminta. Beliau mula menambah produk dengan menjual Kukiscelup.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM150 sahaja sebulan. Jumlah produk yang dijual dalam sekitar 15 unit sebulan. Cik Kirana hanya focus kepada jualan sekitar kawasan Raub.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 2, beliau kini telah memiliki akaun perniagaan Shopee dan Instagram sendiri yang dapat mempromosikan pelbagai jenis barangan yang dijual olehnya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM150 – RM500. Pelanggan yang membeli dari beliau bukan sekadar dari daerah Raub, malah diseluruh pelusuk negeri.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

 

– Mempelajari cara memuatnaik produk jualan di Shopee, Instagram serta MyShop Dashboard Komuniti.

– Asas keusahawanan seperti mempromosikan produk di media social.

– Mempelajari cara perbankan online untuk pembayaran produk diatas talian.

– Menjadi salah seorang peserta Usahawan Online anjuran Pusat Internet seluruh Malaysia.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT perniagaan

 

– PI membantu dengan menganjurkan kelas-kelas keusahawanan bagi menggalakkan usahawan muda untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan.

– Membantu cara menggunakan internet dengan bijak bagi memasarkan dan mengiklankan produk dimedia social.

– Mengadakan kelas dan latihan untuk menambahkan ilmu dan kemahiran usahawan seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel untuk kiraan kewangan.

– Memberi peluang dalam memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Internet seluruh Malaysia.