PN NURAZIRA BINTI ZAKARIA
Nama |
NUR AZIRA BINTI ZAKARIA |
Umur |
30 Tahun |
|
ierazakaria88@gmail.com |
|
ieraz akaria |
|
|
LATAR BELAKANG
Memulakan perniagaan secara online pada april 2015. Puan azira mula berfikir untuk berniaga secara online apabila beliau berhenti kerja selepas melahirkan anak pertama dan merasakan jika hanya suami sahaja yang bekerja tidak dapat menampung keperluan harian meraka.
Barang yang dijual sekitar harga RM50 sehingga RM200
Usahawan menjalankan perniagaan secara online dan ofline. Jika online pemasaran produk dijalankan secara iklan di Facebook, dashboard komuniti, instagram dan juga whatsup.dan secara ofline pula dengan membawa contoh cadar ke rumah jiran yang berdekatan. Tempahan juga akan diambil melalui online . Beliau akan membuat perkhidmatan penghantaran secara percuma untuk pelanggan yang duduk berdekatan, manakala jika yang berada diluar daerah dan menempah dengan kuantiti yang banyak beliau akan menghantar dengan menggunakan perkhidmatan pos ataupun melalui bas express sekiranya terlalu banyak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1300- RM1500 sahaja sebulan. Jumlah produk yang dijual dalam sekitar 10 Ke 20 sebulan. Pelanggan beliau tertumpu kepada wanita suri rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan pelbagai jenis barangan barangan kanak-kanak dan juga cadar pacthwork. Pelanggan dan sahabat beliau akan mengetahui pelbagai jenis produk yang dijual melalui facebook tersebut.beliau juga mempunyai lebih dari lima orang agent atau dropship dibawah beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000 – RM5000.
ANTARA PRODUK YANG DIJUAL
Pages: 1 2