mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU PERTAMA 2019

 

Nama

Nur Adila Bt Abu Hasan

Umur

25 tahun

Email

nuradila9411212@gmail.com

Jenis Perniagaan

Kedai RM2 Keatas

Facebook

Kedai RM2 Keatas

Tahun menjadi Ahli PIM

  24 Disember 2018

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Adila membuka perniagaan bersama suaminya Mohd Fitri sudah hampir 2 tahun lebih. Mempunyai minat berniaga bersama suami punca tercetusnya idea untuk  memulakan berniaga pelbagai jenis barangan makanan, barangan kosmetik dan gajet secara online yang dibeli secara borong melalui pengedar yang murah di sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, sesetengah pelanggan membuat tempahan barang dalam kuantiti yang banyak seperti tuala ‘GoodMorning’, apron, dan pisau untuk kegunaan kenduri kendara.Hasil daripada mempelajari dan mendapat pengalaman dari berniaga lalu, beliau dan suami membuka Kedai RM2 Keatas untuk menjual barangan bernilai RM2.00 dan keatas kerana kedai barangan murah masih belum ada di kawasan Felda Tersang 2  dan juga memudahkan komuniti disini untuk membeli barangan murah tanpa mengeluarkan belanja yang besar untuk pergi ke bandar. Sehubugan dengan itu, Puan Adila mencuba untuk mendapat barangan borong dari Kuala Lumpur dan juga baragan borong dari China selepas melihat permintaan yang agak baik dari kalangan penduduk Felda Tersang ini. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 9.00 pagi -6.00 petang.

 

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, Puan Adila kurang ilmu pengetahuan mengenai cara mempromosikan barangan beliau dan pendapatan Puan Adila sebanyak RM700.00 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan pelbagai pakej, perbankan atas talian dan juga pembelian barang online dari luar.  Pelanggan juga telah bertambah dari hanya penduduk setempat sekarang terdapat juga pelanggan dari sekitar daerah Raub dan Koyan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM3000 mengikut musim. Jika musim perayaan  permintaan barangan untuk hari raya bertambah kerana Puan Adila menerima tempahan barangan online seperti bekas kuih raya, langsir, lampu raya dan lain-lain.

 

  

 

Antara Produk yang Dijual