Nama |
MOHD ABD JAWAAD BIN ABD GHAFAR |
Umur |
34 tahun |
|
Jenis Perniagaan |
Penjualan Kambing |
|
|
B34 Agrofarm |
Tahun menjadi Ahli PIM |
14 APRIL 2018 |
Latar Belakang
Memulakan perniagaan pada awal tahun 2015 dengan menternak kambing di halaman belakang rumah dan membina kandang kambing kerana setiap tahun bilangan kambing semakin bertambah. Kambing mendapat permintaan tinggi daripada penduduk Felda Tersang kerana penduduk sentiasa mengadakan majlis aqiqah dan menempah kambing daripada B34 Agrofarm Perniagannya semakin maju dengan menghasilkan produk sendiri dan mendapat permintaan tinggi dari negeri lain seperti Kuala Lumpur dan Perak. Strategi pemasaran B34 Agrofarm adalah melalui aplikasi whatsapp,facebook page dan dashboard komuniti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM9000 sahaja sebulan. Jumlah kambing yang dijual dalam sekitar 10 ekor sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Selepas menghadiri kelas keusahawan di Pusat Internet Felda Tersang 2, beliau kini sudah mempunyai facebook sendiri untuk memasarkan pelbagai jenis produk beliau. Pelanggan dan sahabat beliau akan mengetahui pelbagai jenis produk yang dijual melalui aplikasi facebook dan whatsaap tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM15000 sebulan.
Antara Perkhidmatan dan Produk yang disediakan :