mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU KEEMPAT 2018

 

Nama

Nor Salmi Binti Salimin

Umur

28 tahun

Email

Mimieysani11@gmail.com

Jenis Perniagaan

Butik Pegantin Mahligai  Aroha

Instagram 

mimiey_sani

Tahun menjadi Ahli PIM

24  Januari 2017

 

 

 

 

 

 

 

LATAR BELAKANG

Mempelajari make-up pada 2010 kerana minat yang mendalam dengan mengikuti kursus Empower Ecer Raub selama 2 tahun dalam masa yang sama mempelajari asas-asas make-up bersama MUA artis antaranya Alha Alfa, Suid Daud dan lain-lain sebelum membuka membuka butik pegantin Mahligai Aroha.

Selepas selesai mengikuti kursus selama 2 tahun, Puan Mimiey memulakan dengan membuka kelas untuk peserta-peserta yang berminat untuk mempelajari asas-asas make-up.Selain itu ada juga menyediakan perkidmatan make-up pengantin, menjual barangan kecantikkan dan barangan kesihatan di pasar-pasar.

Hasil dari mempelajari make-up Puan Mimiey berminat untuk mengembangkan lagi bisnes dengan membuka butik pengantin Mahligai Aroha pada Ogos 2018 kerana mendapat sambutan dari kalangan penduduk setempat. Puan Mimiey mula berfikir untuk berniaga secara online apabila ingin menambah pendapatan butik beliau kerana mendapat banyak permintaan dari sahabat yang duduk dari luar kawasan Felda Tersang.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000-RM2000 sahaja sebulan. Perkhidmatan make-up hanya dari penduduk tempatan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 2,beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan pelbagai pakej perkahwinan dan solekan. Pelanggan juga telah bertambah dari hanya penduduk setempat sekarang terdapat juga pelanggan dari sekitar daerah Raub, Bentong dan Lipis.Kuala Lumpur,Selangor dan lain-lain. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM10000 – RM20000 mengikut musim. Jika musim cuti persekolahan pendapatan menjadi lebih tinggi.

 

ANTARA PAKEJ YANG DISEDIAKAN

 

     

 

  

SEWA BAJU PEGANTIN                  PERKHIDMATAN ANDAMAN