mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU KEDUA 2020 – USAHAWAN

 

Nama

KHORIFF BY BONDA

Umur

35 Tahun

Email

pekasambonda88@gmail.com

Kisah Kejayaan

Usahawan

Facebook

Khoriff By Bonda

Tahun menjadi Ahli PIM

1 Julai 2017

 

 

 

 

 

 Latar belakang

Bermula perniagaan pekasam ini pada Oktober 2017 dengan menjual Pekasam Daging sahaja dengan harga RM10.00 sebungkus dan dipromosi melalui Facebook sahaja. Selepas mendapat permintaan yang tinggi beliau mencuba dengan pelbagai jenis pekasam antaranya ialah pekasam daging, daging tomyam thai, pekasam ayam dan pekasam telur sotong.

Pekasam Khoriff by Bonda ini sudah berjaya dijual di seluruh Malaysia kerana permintaan yang tinggi dalam produk makanan yang cepat dan mudah. Peminat pekasam dapat menikmati pekasam yang sedap dengan pelbagai pelbagai menu.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT pendapatan beliau hanya RM1000.00-3,000.00 sahaja dan hanya fokus penjualan di kedai dan Facebook sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah menghadiri latihan keusahawanan di Pusat Internet Felda Tersang 2, beliau kini lebih mahir dalam mempromosikan perniagaan. Beliau sudah membuka akaun jualan di Instagram dan MyShop kerana permintaan yang agak tinggi terhadap produk tersebut . Jualan di Facebook dan Instagram merupakan platform beliau untuk mempromosikan produk. Pendapatan beliau selepas penggunaaan ICT adalah sebanyak RM15,000.00 – RM30, 000.00 sebulan.