KISAH KEJAYAAN PN SITI ROPEAH
Nama |
SITI ROPEAH BINTI SULIAMN |
Umur |
49 Tahun |
|
SITI ROPEAH SULIMAN |
Jenis Perniagaan |
Tudung dan Makanan |
Latar belakang
Pn Siti Ropeah mula berniaga pada tahun 2009 apabila terpaksa berhenti kerja sebagai pegawai keselamatan dihospital raub kerana ingin menjaga ayah beliau yang sakit pada ketika itu. Kuih muih akan dibuat dan dihantar ke gerai-gerai yang berhampiran untuk menampung perbelanjaan keluarga. Selain itu, beliau juga Mengambil tempahan kek pada musim perayaan setiap tahun. Kebiasaannya setiap musim perayaan sebanyak 50-60 biji kek yang perlu dihasilkan. Kebanyakkannya tempahan daripada sekitar daerah Raub.
Pn Siti Ropeah mula membuat perniagaan online apabila semua penduduk sudah mempunyai facebook dan juga whats up. Beliau mula mempromosikan barang jualan melalui group-group peniaga didalam aplikasi whatsup dan juga facebook. Bagi pelanggan yang duduk berhampiran, pn siti ropeah sendiri akan menghantar barang yang dipesan. Semua stock barang diorder dari pembekal melalui online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk yang dijual dalam sekitar 40 dan jumlah pelanggannya tidak mengira umur, peringkat dan usia.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan pelbagai jenis barangan yang dijual olehnya. Pelanggan dan sahabat beliau akan mengetahui pelbagai jenis produk yang dijual melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM800. Dan pendapatan lebih meninggkat pada musim perayaan.
ANTARA PRODUK YANG DIJUAL
Pages: 1 2