mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU KE TIGA 2017

 

KISAH KEJAYAAN PUAN SITI FARAH BINTI HAZAMRUS

Nama

SITI FARAH BINTI HAZAMRUS

Umur

31 TAHUN

Email

Farahazamrus@Gmail.Com

No. Telefon

014-2636461

Alamat

A11 FELDA TERSANG 2, 27600 RAUB PAHANG

Facebook

Farah Hazamrus

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Memulakan perniagaan sejak 2 tahun yang lalu secara kecil-kecilan dengan hanya menjual di rumah dan kepada saudara mara dan kawan-kawan terdekat sahaja. Jualan munafie dan produk yang lain-lain mendapat sambutan yang baik daripada komuniti di sini.

Jualan semakin meningkat apabila Puan Farah mula mempromosikan produk beliau melalui dashboard komuniti, facebook dan whatsapp.Urusan pembayaran juga lebih mudah melalui online banking dan permintaan produk dari pelanggan dapat diposkan mengikut tarikh yang diminta.

 

Beliau merupakan usahawan atau agen RED ONE. Untuk produk talian komunikasi RED ONE pula, beliau juga diberikan bonus lumayan kerana dapat mencapat target line RED ONE. Selain produk RED ONE,beliau juga turut menjual pelbahai jenis pakaian seperti jubah,baju kurung,skirt dan lain-lain yang diborong daripada kilang. Produk ini mendapat tempat dihati komuniti kerana harga yang murah dan berpatutan juga dari segi kualiti pakaian yang baik.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk yang dijual dalam sekitar 30 unit dan tidak termasuk jumlah pelangan yang ingin mendaftar ke talian komunikasi Red One. Pelanggan beliau tidak mengira umur, peringkat dan usia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan pelbagai jenis barangan  yang dijual olehnya. Pelanggan dan sahabat beliau akan mengetahui pelbagai jenis produk yang dijual melalui aplikasi facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM800 sebulan.

ANTARA PRODUK YANG DIJUAL