Nama |
ROBIANTONGANARIAH BINTI ABDULLAH |
Umur |
34 Tahun |
Jenis Perniagaan |
Butik Pegantin |
|
www.facebook.com/rushadbridalHQ |
Latar belakang
Memulakan perniagaan 2012. Permulaan untuk membuka butik pengantin adalah punca dari minat dan suka mendekorasi pelamin sekadar suka-suka akhirnya mendapat sambutan dari kalangan penduduk setempat. Puan Ruby mula berfikir untuk berniaga secara online apabila ingin menambah pendapatan butik belia kerana mendapat banyak permintaan dari sahabat yang duduk dari luar kawasan felda tersang.
Sebelum membuka butik Pn Ruby ada menyertai kursus make up di kuantan dan juga putrajaya dengan make up artis malayisa Epie Termerloh dan Alha Alpha.
Pakej yang disediakan bermual dari RM350 – RM3500
Butik pengantin Rusha D Bridal menyediakan khidmat untuk majlis perkahwinan seperti pakej perkahwinan, tunang, akad nikah, pelamin dewan, pelamin khemah, pelamin dalam rumah, khemah hiasan, beranda hiasan, baju pengantin dari tradisional hingga moden beserta aksesori. Turut meyediakan khidmat hiasan buaian untuk majlis cukur jambul. Selain itu juga menawarkan perkhidmatan solekan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000- RM3000 sahaja sebulan. Tempahan biasanya hanya penduduk setempat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan pelbagai pakej perkahwinan dan solekan. Pelanggan juga telah bertambah dari hanya penduduk setempat sekarang terdapat juga pelanggan dari sekitar daerah Raub, Bentong dan Lipis. Manakala solekan pula kadang kala ada juga pelanggan dari Kuala Lumpur. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM8000 – RM10000 mengikut musim. Jika musim cuti persekolahan pendapatan menjadi lebih tinggi.
ANTARA HASIL KERJA
PAKEJ YANG DITAWARKAN