Nama |
NUR AZIRA BINTI MANSOR |
Umur |
28 Tahun |
|
No Telefon |
01119947336 |
|
Alamat |
C 57 Felda Tersang 2, 27610 Raub |
|
Nur Azira Binti Mansor |
Merupakan seorang usahawan jahitan. Beliau menerima pelbagai tempahan jahitan termasuk baju dan juga langsir. Jenis- jenis baju yang diambil tempahan ialah pelbagai jenis baju kurung, kebaya, kemeja, baju melayu, baju karporat, jubah dan juga seluar slack.
Ini merupakan kadar harga yang telah ditetapkan untuk setiap jenis pakaian:
BIL |
JENIS BAJU |
HARGA |
1 |
Kurung Moden |
Rm 45 |
2 |
Kurung Biasa |
Rm 35 |
3 |
Baju Melayu |
Rm 90 |
4 |
Kurung Riau |
Rm 38 |
5 |
Kemaja/ baju korporat |
Rm 45 |
6 |
Seluar Slack |
Rm 45 |
7 |
Kebaya |
Rm 50 |
8 |
Dress |
Rm80 |
9 |
Langsir |
Rm 10/meter |
Latar belakang
Selepas menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah Pn Nur Azira mula belajar menjahit selama 6 bulan di Pusat Giat MARA Raub. Pelbagai jenis jahitan pakaian yang dipelajari antaranya baju kurung, baju kurung moden, skirt labuh dan lain-lain. Selepas tamat belajar di Pusat Giat MARA Raub, Pn Nur Azira mula menerima tempahan menjahit sedikit demi sedikit daripada ahli keluarga terdekat dan jiran-jiran. Setelah mendapat kepercayaan dan jahitannya juga kemas dan cantik Pn Nur Azira telah menerima banyak tempahan daripada pelanggan. Pn Nur Azira juga mempromosikan perkhidmatan menjahit di laman facebook dan aplikasi whatsapp serta My Shop Dashboard Komuniti.
Mula berkecimpung didalam perniagaan online sejak 3 tahun yang lalu. Menjadi dropship menjual pelbagai jenis barangan dengan menggunakan laman Facebook dan Aplikasi Whatsapp serta My Shop Dashboard Komuniti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah pakaian yang dijahit dalam sekitar 30 ke 50 pasang dan jumlah pelanggannya tidak mengira umur, peringkat dan usia.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kedai jahitan beliau dimedium tersebut. Pelanggan dan sahabat beliau akan mengetahui pelbagai jenis produk yang dijual melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500– RM3000 dan pendapatannya juga akan lebih bertambah sekiranya tiba musim perayaan dan juga musim sesi persekolahan baru.
JENIS-JENIS BAJU