|
Nama |
SARAH BINTI ABDUL HALIM |
Umur |
30 Tahun |
|
|
No Telefon |
0179704842 |
|
|
Alamat |
C16 FELDA TERSANG 2,27600 RAUB PAHANG |
|
Sarah Abdul Halim |
Usahawan yang menjalankan perniagaan secara online menggunakan aplikasi facebook dan whatsapp. Antara produk yang dijual adalah termasuk barangan lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Antara produk barangan lelaki adalah seperti set dompet, tali pinggang dan minyak wangi. Bagi produk barangan wanita pula adalah seperti handbeg, produk kecantikan, barangan dapur dan lain-lain. Produk kanak-kanak pula adalah seperti pakaian, botol susu, walker dan lain-lain.
Selain menceburi bidang perniagan secara online, Sarah Abdul Halim juga mempunyai bakat menjahit dan menerima tempahan menjahit dari komuniti setempat. Mula menerima tempahan menjahit baju sejak 3 tahun yang lalu bermula dengan menjahit baju sendiri dan ahli keluarga.Selain itu, Sarah juga menerima tempahan menjahit kain langsir.
|
BIL |
JENIS BAJU |
HARGA |
|
1 |
Kurung Moden |
RM30 – RM35 |
|
2 |
Kurung Biasa |
RM26 |
|
3 |
Pesak Gantung |
RM29 – RM30 |
|
4 |
Kurung Riau |
RM29-RM30 |
|
5 |
Langsir |
– |
Baju kurung yang dijahit akan berubah harga mengikut kepada jenis design yang diinginkan oleh pelanggan dan harga untuk kain langsir pula mengikut kepada meter langsir tersebut.
Latar belakang
Pn Sarah Abdul Halim mula belajar menjahit selama 6 bulan di Giat MARA Raub. Pelbagai jenis jahitan pakaian yang dipelajari antaranya baju kurung, baju kurung moden, skirt labuh dan lain-lain. Selepas 3 tahun tamat belajar di Giat MARA Raub, Pn Sarah mula menerima tempahan menjahit dari pelanggan, Pn Sarah menerima banyak tempahan daripada pelanggan kerana harga jahitan baju yang ditawarkan adalah sangat murah. Pn Sarah juga mempromosikan perkhidmatan menjahit di laman facebook dan aplikasi whatsapp serta My Shop Dashboard Komuniti.
Mula berkecimpung didalam perniagaan online sejak 2 tahun yang lalu. Menjadi dropship menjual pelbagai jenis barangan lelaki, wanita dan kanak-kanak dengan menggunakan laman facebook dan aplikasi whatsapp serta My Shop Dashboard Komuniti. Penjualan produk akan sentiasa dikemaskini kerana banyak lagi produk yang akan dijual oleh Pn Sarah Abdul Halim.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah produk yang dijual dalam sekitar 120 dan jumlah pelanggannya tidak mengira umur, peringkat dan usia.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan pelbagai jenis barangan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dijual olehnya. Pelanggan dan sahabat beliau akan mengetahui pelbagai jenis produk yang dijual melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800 – RM1200. Menerusi bimbingan yang diberi melalui kelas-kelas yang dihadiri di Pi1M Felda Tersang 2, Pn Sarah telah berjaya meningkat kemahiran beliau dalam bidang IT dan menerusi kelas usahawan yang dihadiri, beliau juga dapat mempelajari selok belok pemasaran yang berkesan melalui media sosial seperti WhatsApp dan FB. Beliau juga mempelajari cara membuat pemasaran online melalui My Shop Dashboard, FB, WhatsApp, mempelajari Ms. Office bagi memudahkan urusan perniagaan, merekod transaksi jualan dan belia dan strategi pemasaran kreatif menggunakan media sosial.
ANTARA PRODUK YANG DIJUAL
CONTOH BAJU YANG DIJAHIT
