mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN MOHD ABD JAWAD BIN ABD GHAFAR

Nama

MOHD ABD JAWAD BIN ABD GHAFAR

Umur

35 Tahun

Email

jim_morres@yahoo.com

Kisah Kejayaan

Usahawan

Facebook

Ay Rajin

Tahun menjadi Ahli PIM

14 APRIL 2018

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

 

Memulakan perniagaan pada awal tahun 2015 dengan menternak kambing di halaman belakang rumah dan membina kandang kambing kerana setiap tahun bilangan kambing semakin bertambah. Kambing mendapat permintaan tinggi daripada penduduk Felda Tersang kerana penduduk sentiasa mengadakan majlis aqiqah dan menempah kambing daripada B34 Agrofarm Perniagannya semakin maju dengan menghasilkan produk sendiri dan mendapat permintaan tinggi dari negeri lain seperti Kuala Lumpur dan Perak. Strategi pemasaran B34 Agrofarm adalah melalui aplikasi whatsapp, facebook page dan dashboard komuniti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM9,000.00 sahaja sebulan. Jumlah kambing yang dijual dalam sekitar 10 ekor sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas keusahawan di Pusat Internet Felda Tersang 2, beliau kini sudah mempunyai facebook sendiri untuk memasarkan pelbagai jenis produk beliau. Pelanggan dan sahabat beliau akan mengetahui pelbagai jenis produk yang dijual melalui aplikasi facebook dan whatsapp tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM15,000.00 sebulan.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

 

– Mempelajari penggunaan Microsoft Office

– Mempelajari cara membuat pemasaran secara online melalui Facebook

– Mempelajari cara mencari maklumat di dalam internet

– Mengikuti Kelas Keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet

 

Bagaimana PI membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT perniagaan/

 

– Pusat internet membantu memberi perkhidmatan terbaik untuk usahawan

– Mengadakan kelas latihan keusahawan kepada usahawan dalam memasarkan produk menggunakan shoppee dan facebook