| Nama | MUHAMMAD HAMDI BIN ABDULLAH | Umur | 13 Tahun |
| – | Kisah Kejayaan | Celik ICT | |
| Alamat | B17, Felda Tersang 2, 27600 Raub Pahang | Tahun menjadi Ahli NADI | 2024 |
Latar belakang
Muhammad Hamdi merupakan seorang cucu peneroka Felda Tersang 2 yang bersekolah di SMK LKTP Tersang dan merupakan pelajar tingkatan 1. Beliau sering hadir NADI Felda Tersang 2 untuk mengunakan komputer bagi menonton youtube dan sebagainya. Beliau merupakan seorang yang sangat aktif dalam mengikut kelas-kelas ICT dan e-pembelajaran yang dijalankan oleh petugas NADI.Beliau juga ada mengikuti perlawanan MOBILE LAGENDS, Taklimat Cybersecurity dan pelbagai aktivti-aktiviti lain yang dianjurkan oleh pihak NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum ini, Muhammad Hamdi merupakan seorang yang kurang aktif dalam pergaulan dan tidak mahir dalam pengunaan komputer. Dulu Hamdi sering ke NADI seorang diri tanpa ada peneman.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas-kelas di NADI, Hamdi menjadi seorang yang ceria dan boleh bergaul dengan baik bersama rakan-rakan yang lain. Hamdi juga sangat rajin untuk mengikuti segala kelas yang dianjurkan oleh petugas. Di samping itu, Hamdi semakin cekap mengunakan komputer untuk menaip, mencari maklumat, mengunakan applikasi di komputer seperti microsoft dan sebangainya.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Mempelajari pengetahuan dan kemahiran mengenai komputer
- Mempelajari cara untuk melayari internet sebagai contoh membuka youtube, melayari google, dan sebagainya
- Mempelajari cara- cara untuk mendapatkan maklumat melalui internet serta membuat latihan-latihan sampingan secara online dan offline.
- Mempelajari dengan baik dan mendalami maklumat mengenai klik dengan bijak, buli siber, advokasi dan sebagainya.
- Terbaru penglibatan pelajar sekolah terhadap e-sport melalui permainan Mobile Lagends.
Bagaimana NADI membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT
- Dengan kewujudan NADI Felda Tersang 2, kemudahan seperti mengunakan internet, print, fotostat, scan, laminate dan sebagainya banyak membantu masyarakat setempat. NADI juga banyak membantu penduduk setempat untuk mengisi borang kerja, membuat resume, mengisi e-munakahat, bantuan STR dan sebagainya. NADI juga membantu penduduk setempat serta pelajar-pelajar sekitar sini untuk menaip surat jika tidak dapat hadir ke sekolah, membuat buku skrap dengan mencari maklumat melalui komputer, mengunakan microsoft word untuk membuat kerja kursus bagi pelajar menengah atas dan sebagainya.





