| Nama | DANIAL FARHAN BIN ADNAN | Umur | 13 Tahun |
| – | Kisah Kejayaan | Celik ICT | |
| Alamat | A32, Felda Tersang 2, 27600 Raub Pahang | Tahun menjadi Ahli NADI | 2015 |
Latar belakang
Danial Farhan merupakan cucu peneroka Felda Tersang 2. Danial Farhan merupakan ahli Sega Tat kerana dulu beliau menetap di sana bersama ibu bapa beliau, kemudian mereka berpindah ke Felda Tersang. Sejak berpindah Danial Farhan sering ke NADI untuk meluangkan masa di waktu lapang, untuk makluman Danial Farhan tidak mempunyai telefon pintar sendiri. Oleh itu, beliau sering ke NADI untuk mengisi masa beliau, menonton youtube, mengunakan applikasi di komputer dan sebagainya.Danial Farhan rajin mengikuti kelas ict dan e-pembelajaran yang dijalankan oleh petugas NADI dan walaupun beliau tidak mempunyai telefon, beliau tetap hadir memberikan sokongan terhadap rakan-rakan semasa perlawanan Mobile Lagends sepanjang hari.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum mengikuti kelas ICT di NADI, Danial Farhan tidak tahu cara untuk menggunakan komputer dan cara untuk melayari internet. Danial juga kurang cekap untuk menaip menggunakan keyboard, mencari maklumat secara online, mengunakan applikasi-applikasi yang terdapat di dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Tersang 2, Danial Farhan dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah. Beliau menjadi lebih mahir dalam pengunaan komputer dan applikasi-applikasi di dalam komputer sebagai contoh microsoft office. Beliau juga semakin mahir untuk mencari maklumat menerusi google, mahir untuk mengunakan keyboard untuk menaip surat dan sebagainya.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Mempelajari pengetahuan dan kemahiran mengenai komputer.
- Mempelajari cara untuk melayari internet sebagai contoh membuka youtube, google dan sebagainya.
- Mengasah minda menjadi lebih kreatif dan fokus dengan menjawab kuiz dan membuat aktiviti yang diberikan oleh petugas NADI.
- Menghadiri kelas e-tuisyen yang danjurkan oleh pihak NADI contoh DILEA.
Bagaimana NADI membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT
- Dengan kewujudan NADI Felda Tersang 2, kemudahan seperti mengunakan internet, print, fotostat, scan dan sebagainya banyak membantu masyarakat setempat sama ada pelajar atau ibubapa. Kemudahan sebegini amat diperlukan untuk membantu masyarakat serta pelajar mempelajari kemahiran ICT di mana pembelajaran ini diberikan secara percuma dengan syarat menjadi ahli di NADI. Selain pelajar NADI membantu usahawan setempat untuk membuat menu, mempromosi produk, memperbaharui lesen perniagaan, mendapatkan vendor dan sebagainya.





