mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN ICT SUKU 2/2024

NamaAHMAD AMIRUL BIN MOHAMAD ROSLIUmur32 Tahun
Instagram Kisah KejayaanCelik ICT
AlamatC27, Felda Tersang 2, 27600 Raub PahangTahun menjadi Ahli NADI16 Julai 2022

Latar belakang

Ahmad Amirul merupakan anak kepada peneroka di Felda Tersang 2, beliau sering datang ke NADI Felda Tersang 2 sejak mendaftar menjadi ahli NADI untuk menonton youtube dan mencari maklumat untuk membuat kerja sekolah. Namun apabila beliau telah bekerja beliau datang ke NADI untuk membuat resume, menaip surat rasmi, mendapatkan penyata kewangan dan sebagainya. Selain mengunakan komputer untuk menonton youtube, beliau juga sering datang untuk mengunakan perkhidmatan lain seperti fotostat, laminate,scan, mencetak maklumat dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum ini, Ahmad Amirul seorang yang kurang mahir untuk mengunakan komputer. Beliau hanya tahu penggunaan asas komputer sahaja sebagai contoh untuk menghidupkan komputer dan mencari maklumat sahaja. Beliau juga jarang datang ke NADI untuk mengunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pengurusan NADI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas-kelas di NADI, beliau semakin mahir untuk cara untuk menggunakan komputer dengan lebih baik sebagai contoh beliau tahu cara untuk menaip surat rasmi, mengisi borang secara online, cara untuk membuat resume dan sebagainya. Beliau juga ada mengikuti kelas microsoft office, Canva dan kelas usahawan untuk baelajar cara untuk mendapatkan penyata kewangan beliau.

Beliau juga sering ke NADI untuk mengunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak NADI contoh mencetak, fotostat dan sebagainya. Beliau juga sering mengikuti aktiviti- aktiviti yang dijalankan sama ada di dalam NADI atau luar NADI bersama dengan agensi/ organisasi lain.

Apa yang dipelajari melalui NADI

  • Mempelajari cara untuk mengunakan applikasi yang terdapat di komputer sebagai contoh microsoft office, canva, powerpoint dan sebagainya.
  • Mempelajari untuk mengisi borang secara online seperti SPA, SPP, e-munahakat, dan lain-lain.

Bagaimana NADI membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT  

– Dengan kewujudan NADI Felda Tersang 2, kemudahan seperti mengunakan internet, cetak, fotostat, scan dan sebagainya banyak membantu masyarakat setempat. NADI juga banyak membantu penduduk setempat untuk mengisi borang kerja, membuat resume, dan sebagainya. NADI juga sedikit sebanyak membantu penduduk setempat untuk memudahkan urusan mereka sebagai contoh mengisi borang e-munakahat, kemaskini permohonan tahun 1, mengisi borang tawaran sambung belajar dan sebagainya.