mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN ICT SUKU 1/2024


Nama
NUR DANISAH QAUSARUmur13 Tahun
Instagram Kisah KejayaanCelik ICT
AlamatPerumahan Kuarters Guru Felda Tersang 2, 27600 Raub PahangTahun menjadi Ahli NADI8 Oktober 2022

Latar belakang

Seorang pelajar tingkatan satu dari SMK LKTP Tersang. Beliau sering ke NADI untuk menghadiri kelas ICT yang diadakan oleh petugas. Antara kelas yang paling diminati adalam kelas stem games IOT kerana memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras yang lebih tinggi. Selain itu, dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu tugasan. 

Beliau juga gemar meluangkan masa di NADI untuk menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru. Bagi mengisi masa lapang, beliau akan mengajak rakan-rakan sebaya beliau untuk turut sama menghadiri kelas-kelas di NADI sebagai contoh kelas kemahiran menaip, kelas kuiz secara online atau offline dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum wujudnya NADI, pengetahuan Nur Danisah Qausar terhadap komputer, internet dan sebagainya amatlah kurang. Beliau kurang mahir mengunakan komputer kerana kurang didedahkan dengan pengunaan komputer. Pengetahuan beliau mengenai Microsoft Office juga sangat rendah seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penggunaan ICT, Nur Danish Qausar semakin mahir menggunakan Microsoft office untuk menaip surat, membuat kad hari jadi, jadual sekolah dan lain-lain. Beliau juga menghadiri kelas komponen komputer dan kelas pengenalan kepada komputer untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penggunaan komputer dan komponen-komponen yang ada didalam komputer.

Apa yang dipelajari melalui NADI

  • Pengenalan kepada komputer dan perkakasan komputer
  • Menghadiri kelas stem iot
  • Belajar suntingan imej iaitu membuat poster secara online
  • Menyertai kuiz online kahoot dan games stem iot (engineering.com) 

Bagaimana NADI membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT  

  • Kelas secara percuma tanpa sebarang bayaran
  • Kemahiran ICT semakin meningkat dan mahir menggunakan komputer
  • Menggunakan carian google untuk mencari bahan berkaitan kerja sekolah