mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK ICT PUTRA HIDAYAT MUQARROBIN

Nama

PUTRA HIDAYAT MUQARROBIN BIN AZLAN

Umur

14 Tahun

Instagram

 putttt._ra

Kisah Kejayaan

Celik ICT

Facebook

Putra Hidayat

Tahun menjadi Ahli PIM

6 NOVEMBER 2014

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

 

Putra Hidayat Muqarrobin merupakan seorang pelajar Tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Raub. Beliau merupakan anak bongsu dari tujuh orang adik-beradik. Sering hadir ke Pusat Internet sejak dari pembukaan Pusat Internet Felda Tersang 2. Beliau selalu datang ke Pusat Internet  untuk menghadiri kelas yang dijalankan oleh petugas. Antara kelas yang telah dihadiri beliau ialah  Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint.

 

Beliau juga gemar meluangkan masa di Pusat Internet untuk menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru. Bagi mengisi masa lapang, beliau akan mengajak rakan-rakan sebaya beliau untuk turut sama menghadiri kelas di Pusat Internet. Kelas e-pembelajaran seperti jigsaw puzzle dan online game merupakan salah satu kegemaran beliau. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada bulan Mac 2020, beliau sering menghadiri kelas online yang diwajibkan oleh pihak sekolah di Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum wujudnya Pusat Internet di Felda Tersang, beliau kurang pengetahuan mengenai ICT kerana ketiadaan telefon pintar dan capaian internet dirumah. Hidayat juga kurang mahir menggunakan komputer dan peralatan elektronik. Beliau sering mempunyai masalah untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dan sukar untuk menghubungi rakan sekelas bagi menyiapkannya. Pengetahuan beliau mengenai Microsoft Office juga sangat rendah seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT di Pusat Internet, Hidayat kini semakin mahir menggunakan komputer. Beliau sudah cekap menaip terutamanya ketika menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Beliau akan hadir ke Pusat Internet untuk menghadiri kelas online sepanjang PKP. ICT membantu Hidayat untuk lebih peka akan perkembangan teknologi semasa. Beliau kini sudah mempunyai telefon bimbit dan sering datang ke Pusat Internet bagi mempelajari cara menggunakannya dengan petugas. Beliau juga lebih mudah menghubungi guru dan rakan-rakan untuk bertanyakan mengenai kerja rumah yang telah dibekalkan oleh guru melalui aplikasi Whatsapp.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

 

– Mempelajari perincian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint

– Asas penggunaan komputer dan internet

– Klik Dengan Bijak Modul Advokasi SKMM

– Cara menggunakan aplikasi di telefon bimbit

– Belajar melalui e-pembelajaran seperti permainan online

 

Bagaimana PI membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT  

 

– PI mengadakan kelas dan latihan untuk menambahkan ilmu dan kemahiran pelajar seperti Microsoft Word untuk menaip surat dan Microsoft PowerPoint untuk membuat pembentangan.

– PI memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami ilmu berkaitan teknologi terkini seperti cara menggunakan komputer dan telefon bimbit.

– Menambah kepekaan terhadap isu semasa dengan membuat kelas Klik Dengan Bijak Modul Advokasi SKMM