HASMERUN BIN HASHIM
Usahawan yang mengusahakan dan menerima tempahan pelbagai jenis kek, pastri dan kerepek untuk majlis2 keraian seperti majlis tunang & kahwin, majlis cukur jambul,sambutan hari lahir dan sebagainya. Usahawan muda ini juga seorang ‘designer’ yang menerima tempahan membuat baju pengantin.
|
USAHAWAN 1 |
|||
|
Nama |
Hasmerun Bin Hashim |
Umur |
23 Tahun |
|
|
amiemieyoun@gmail.com |
No Telefon |
017-3696180 |
|
Alamat |
A 59 Felda Tersang 2, 27610 Raub |
|
Amie Hashim |
Mula mengusahakan bisnes membuat kerepek, kek dan pastri sejak tahun 2012. Dengan sedikit pengalaman sebagai freelance di butik pengantin dan minat turut sama dikongsi dengan ibu, Hasmerun terus tekad meneruskan bisnes ini.Selepas mengambil STPM pada tahun 2012, beliau meneruskan pengajian di UITM Seri Iskandar, Perak untuk Diploma Seni Lukis & Seni Reka Fesyen.
Telah menamatkan pengajian Diploma pada April 2016 dengan 4 kali mendapat Anugerah Dekan.Selepas tamat pengajian, beliau mula aktif semula dengan bisnes ini.Kini, beliau turut mengembangkan bisnes dengan mengambil tempahan membuat baju untuk majlis tunang dan baju pengantin. Tempahan diperolah dari seluruh Malaysia dan kebanyakan pelanggan beliau dari Kuala Lumpur.
ANEKA KEK DAN PASTRI

FABRIK & DESIGN

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah mempromosikan bisnes di facebook, whatsapp dan Instagram, jualan semakin meningkat sehingga 80%.Tempahan untuk kek, kerepek ‘crunchy cheese’ dan baju pengantin diperoleh dari seluruh Malaysia.Urusan pembayaran juga lebih mudah melalui online banking dan barang dapat dipos mengikut masa yang diminta
Hasmerun yang juga Ahli PI1M sering ke PI1M untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di PI1M. Beliau akses internet di PI1M dan mengguna Wifi Komuniti untuk ’update’ apa yang terkini dalam bisnes. Beliau mencetak dan fotostat ‘flyers’ promosi, tag produk dan kad bisnes untuk dihebahkan kepada orang ramai. Oleh kerana tempahan semakin banyak, beliau kini sudah ada 3 orang pembantu untuk menyiapkan tempahan . Pendapatan yang diperoleh sejak mempromosikan bisnes di media sosial dianggarkan dalam RM5000 sebulan.
CRUNCHY CHEESE

