25 April 2025 merupakan satu detik yang membawa makna apabila NADI MCMC diiktiraf sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa.
Di sebalik pencapaian ini, tersimpan usaha berterusan, idea yang sentiasa berkembang, serta komuniti yang terus memanfaatkan perkhidmatan NADI. Dari peringkat akar umbi hingga ke pentas global, perjalanan ini mencerminkan kerjasama dan komitmen yang berterusan.
Semoga NADI terus memberi impak yang bermakna dan kekal sebagai platform yang memperkasa komuniti serta memberi nilai tambah kepada masyarakat.