mcmc
Maklumat Pi1M

MAKLUMAN PROGRAM CASHLESS SOCIETY

Program Cashless Society ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan di bawah Program Penskalaan Masyarakat Tanpa Tunai, yang sebelum ini dijalankan di Johor dan Negeri Sembilan, Bahagian Inklusi Komuniti dan Masa Depan (CFID) SKMM kini meluaskan inisiatif itu ke Pahang. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan membina keyakinan terhadap penggunaan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Untuk makluman pihak tuan/puan,di Pahang, 15 lokasi NADI dalam kawasan FELDA Pahang telah dikenal pasti untuk menyertai program pembayaran tanpa Tunai@NADI FELDA Pahang, Untuk daerah Raub 2 Felda telah terpilih iaitu Felda Tersang dan Felda Lemah Klau. Felda Tersang 2 dipilih sebagai tuan rumah dalam menjayakan program ini kerana lokasi yang terletak di tengah-tengah Felda Tersang.

Program Casheless Society akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 9/10/2024 (Rabu)
Masa : 10 pagi – 4.00 petang
Tempat : NADI Felda Tersang 2 (bersebelahan Pondok Polis)